May 27, 2008 - Tuesday
25 Mei 2008 - Ana Raffali & The Marhaens.
22 Mei 2008 - Rumah Aidit Alfian bergegar! Untuk tujuan menyerikan lagi
lagu-lagu indah ciptaan "Ana Raffali", sebuah orkes "orang-orang tua berjiwa
muda" telah ditubuhkan. Orkes "The Marhaens" dianggotai oleh aiDils-akustik
gitar, Andy Silatonggek-bass, ruMie Kakikeper-Drum dan JakPA Carcosa-gitar.
Kejadian berlaku dirumah Aidit Alfian jam 3 ptg. Ditubuhkan untuk mengiring Ana
di Acoustic Nite at Annex KL.Bermula dengan lagu "Hujan Bunga" hingga ke lagu
"Masih" semua berjalan lancar hingga ke jam 9 malam.
23 Mei 2008 - Kehadiran anggota ke enam.Bagi tujuan meramai, menyempit dan
mengkelam kabutkan lagi orkes berkenaan, seorang "anak muda berjiwa tua" telah
didatangi khas dari Uitm. Pemain Cello berbakat dalam seni muzik klasikal dan
juga tarian tolak muka. Dikenali dengan nama Rem. Setelah berlaku kekeliruan dan
bunyi cello yang menyakitkan gigi & telinga, Rem berjaya membawa Ana &
The Marhains ke satu level yang lebih baik. Mainan beliau untuk lagu "Tingkap
Kaca" dan "Ghost" sungguh menambat hati. Orkes ini juga semakin mantap, dengan
lagu-lagu lain seperti "Mekanika" dan "Lovely Scene" di perdendangkan dengan
amat berkesan. Tarian ala-ala Streching dan juga tolak muka juga telah
menampakkan hasil, walau pun lenguh.
24 Mei 2008 - Hujan Bunga vs Hujan Batu.Hujan lebat mengiring latihan
mereka hari ini. Tapi ini tidak menahan semangat mereka untuk terus berlatih.
Oleh kerana ini adalah latihan terakhir sebelum mereka turun berjuang, satu set
telah digubal untuk gig tersebut. Prestasi Ana pada tahap maksima, Rumie bersama
keris Bataknya tampak lebih confident, Andy (berasal dari Thailand) terpaksa
menyeberangi Yalla, Aidit (berketurunan Jawa) lebih bersedia dengan kain pelikat
yang diikat kemas, Iqbal sanggup mengurangkan tidurnya untuk mengurangkan
sumbang cellonya dan Alfa tidak pernah kelihatan lebih segak dan bergaya dari
ini. 6 lagu akan diperdendangkan esoknya.
25 Mei 2008 - Ana Raffali di Annex!Jam 3 ptg lagi Ana & The Marhaens
telah bersedia untuk warm up. Berbekalkan senjata masing-masing, semua dah
bersedia, bersemangat menanti detik 830 mlm.Tepat masanya, bagaikan dirasuk
semua berjalan lancar. Persembahan Ana memang tidak dapat diperkatakan lagi.
Hebat!!! Tampak ayu berbaju kurung ungu. Lagu demi lagu berlalu. hinggalah ke
lagu yang ke tujuh. Syabas pada Ana. Walaupun malu-malu untuk berinterak dengan
penonton, tapi kemantapan vokalnya dapat dirasa.
Jakpa telah diajukan soalan, dan jawapan beliau berbunyi begini."Sumbangan
kami ini adalah sangat kecil, tidak sempat pun mengeluarkan bau dan peluh, hanya
sekadar ingin memantapkan lagi lagu-lagu ciptaan Ana. Walau bagaimanapun ia
tetap menjadi kenangan yang amat indah untuk saya dan anggota orkes yang lain.
Rugi pada yang tak datang tengok".Taken from Alfa Booty's myspace.
Philosophical cow dung on the life of little Ms. Imperfectly Fine.